Tuesday, August 09, 2011

PENGHAYATAN RAMADAN

Selamat Menyambut Ramadhan

Wishing all Muslim friends – selamat berpuasa..

Persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah puasa mengikut adapt kerana Rasulullah pernah bersabda di dalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnah-Ku ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan. Di bawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.


CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  1. Mengucapkan tahniah ( Selamat datang Ramadhan atau selamat menyambut Ramadhan )
  2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
  3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
  4. Solat tarawikh 20 rakaat.
  5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
  6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dikejutkan tepat jam 4 pagi.
  7. Bangun jam 4 pagi dengan setengah jam untuk Qiamullail ringan ( Solat Tahajud, Solat Taubat dan Solat Hajat ).
  8. Jam 4.30 pagi – Kaum ibu masak sahur.
  9. Jam 5 pagi/5.15 pagi – Makan sahur.
  10. Jangan tidur sesudah sahur.
  11. Solat Subuh berjamaah di masjid/surau.
  12. Tadarus pendek.
  13. Bila Matahari tinggi segalah, lakukan Solat Isyraq.
  14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
  15. Jam 11 pagi – Tunaikan Solat Dhuha.
  16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al-Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
  17. Jam 12 tengah hari – Tidur dengan niat tidur waktu Qailulah ( ganti berjaga 1 jam di waktu sahur ).
  18. Solat Zuhur berjamaah.
  19. Tadarus pendek.
  20. Sebelah petang, kaum ibu menyediakan juadah berbuka.
  21. Solat Asar berjamaah di masjid/surau.
  22. Jangan gunakan waktu petang untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
  23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma/buah tempatan.
  24. Segera Solat Maghrib di masjid/surau.
  25. Makan malam bersama keluarga.
  26. Bersiap sedia untuk ke masjid/surau menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjamaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

  1. Menghadiri majlis ilmu setiap kali melangkah diberi pahala ibadah sunah setahun.
  2. Mengekalkan berjamaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar di khas di Syurga.
  3. Membuat hubungan baik kepada kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
  4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
  5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di Akhirat.


MENGURANGKAN BERAT BADAN DALAM MENJALANI IBADAH PUASA

  1. Sebelum puasa, timbang berat.
  2. Kawal makan sewaktu berbuka.
  3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa, berat badan semakin kurang.
  4. Elakkan daripada makan berlebihan.


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

  1. 10 hari yang pertama adalah muhasabah amalan.
  2. 10 hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
  3. 10 hari yang ketiga, kuatkan azam untuk beramal di malam Al-Qadr.
i.                    Dengan melakukan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh secara berjamaah.
ii.                  Atau ditambah dengan Solat Subuh berjamaah.
iii.                Duduk dalam keadaan berwuduk dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al-Baqarah terakhir ( Amanarrasul ), Surah Az-Zalzalah, Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas dan Surah Yasin.
iv.                Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v.                  Bangun pukul 1 pagi tunaikan Solat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi.                Jika badan terasa sejuk dan terharu ketika beramal, maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

  1. Pastikan Tarawikh terakhir.
  2. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.


SeKaRaNg AnDa MeMpUnYaI 2 PiLiHaN :

  1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Sekadar membaca untuk diri sendiri.
  2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenali dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. AMIN.

Saturday, August 06, 2011

LELAKI YANG BUKAN BUAYA IALAH??

Al-Bazar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina"

Antara Sifat Lelaki yang bukan BUAYA ialah : -

1 ) BERSIFAT MELINDUNGI
- Dia boleh diharap, dipercayai dan ada karisma untuk memimpin dan melindungi. Lelaki seperti ini sedah semestinya bukan yang merosakkan.

2 ) BERSIFAT BIJAKSANA
- Dia membina wawasan mengikut pada keperluan, sesuai dengan cabaran-cabaran semasa. Wawasan kehidupan ini pula dipasak dengan keperluan agama.

3 ) BERSIFAT ROMANTIK
- Dia penyayang dan jujur apabila menyayangi. Dia membuat pilihan semata-mata untuk mencari yag terbaik, dia sekali-kali tidak menginaiya kehidupan wanita yang mendambakan kasih sayangnya.

"LELAKI SEJATI ADALAH SESEORANG YANG BOLEH DIHARAP DAN PENUH DENGAN SIFAT KELELAKIAN-Melindungi, berusaha keras, memiliki wawasan cemerlang serta memiliki ilmu yang cukup untuk disandarkan sebagai seorang pemimpin"